Kenalan

Isnin, Februari 08, 2010

Tun Indera Terengganu

Tokoh Ulama : Tun Indera

Tun Indera dipercayai seorang pembesar dan pemerintah Daerah serta seorang pahlawan yang datang bersama semasa perlantikan Sultan Zainal Abidin 1. Makam beliau terletak di Kampung Kuala Menjing, Tersat kira-kira 9 km dari Bandar Kuala Berang.

Makam tersebut terletak kira-kira 15 km dari Bandar Kuala Berang, ditebing sebelah kiri mudik ke Empangan Kenyir tidak jauh bersetentangan dengan Batu Belah. Beliau berasal dari Negeri Arab dan dipercayai pendakwah Islam yang awal di Daerah Hulu Terengganu.

Tuan Guru Haji Mamat Merbau Patah, Terengganu

Tokoh Ulama.. Suatu Pencarian : Tuan Hj. Mamat Merbau Patah, Terengganu

Nama penuh beliau, Haji Mamat @ Mohamad bin Osman, berasal dari Sungai Derhaka, Kuala Terengganu. Dari keturunan orang-orang alim. Dalam usia 13 tahun beliau sudah boleh membaca khutbah.Mendapat pendidikan awal di Pondok Losong Haji Mat Syafie, kemudian pergi ke Kelantan berniaga sambil belajar. Beliau selalu mengadakan muzakarah dengan guru-guru di sana. Kecenderungannya kepada ilmu Tasauf sangat kuat.

Kemudian Tuan Guru Haji Mamat beruzlah di Mekah selama enam bulan. Selepas kembali ke tanahair, beliau bermimpi berada di bawah sepohon kayu yang terletak di atas tanah yang tinggi dan di situlah beliau mendapat pelbagai ilmu.

Sabtu, Februari 06, 2010

Kaedah dan Teknik Soal Jawab

Kaedah Soal Jawab merupakan satu kaedah yang wajib digunakan oleh setiap guru di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini digunakan bukan sekadar untuk mengetahui tahap dan kemampuan pelajar di dalam memahami pengajaran yang disampaikan. Malah ia juga digunakan untuk mencungkil bakat dan kemampuan murid terbabit.

Jumaat, Februari 05, 2010

Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas

Tokoh Ulama : Suatu Pencarian.. Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas

TIDAK dapat dinafikan bahawa yang mewarnai corak keIslaman di Terengganu mulai peringkat awal hingga abad ke-20, terdiri daripada dua golongan ulama atau penyebar Islam. Golongan itu ialah, pertama: Berasal daripada ulama-ulama Patani, dan kedua: Daripada keturunan Rasulullah s.a.w. atau golongan `sayid'. Di antara ulama yang paling besar pengaruhnya di Terengganu ialah Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim al-Fathani atau Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas, Terengganu.

SULTAN ZAINAL ABIDIN III

SULTAN ZAINAL ABIDIN III : Umara bertaraf ulama.

SULTAN Zainal Abidin III, Sultan Terengganu, diakui oleh beberapa orang ulama Mekah dan para cerdik cendekiawan bahawa baginda adalah di antara Sultan Melayu yang paling alim dan ahlil ilmi pada zamannya. Dua ulama yang berasal dari dunia Melayu di Mekah yang paling dekat dan menjadi rujukan pelbagai masalah baginda, ialah Syeikh Muhammad bin Ismail al-Fathani (Syeikh Nik Mat Kecik) dan Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani.

Khamis, Februari 04, 2010

Kemahiran Ilustrasi/ Pengurusan Sumber BBM

Apabila kita berbicara mengenai kemahiran berilustrasi ataupun menguruskan sumber BBM/ ABM.. harus kita ingat bahawa sumber itu datang daripada pelbagai jenis, keadaan dan rupa bentuk.. Sebaik-baik bahan/ sumber ialah bahan maujud yang berada di sekeliling pelajar.. Kerana ia mengambarkan hakikat, realiti serta kebenarannya... namun jika tidak mampu dibawa bahan maujud tersebut ke dalam kelas ataupun sebaliknya.. maka pilihan BBM yang menarik dan sesuai perlulah digunakan...

Selasa, Februari 02, 2010

Kemahiran Set Induksi

Kemahiran Set Induksi adalah merupakan kemahiran yang perlu dimiliki oleh setiap guru ketika ingin memulakan pengajaran. Harus diingat set induksi bertujuan untuk menarik kesediaan pelajar untuk mengikuti pembelajaran hari itu.. Sekiranya guru tidak berjaya menarik perhatian dan kesediaan keseluruhan pelajarnya.. bermakna wujud pelajar yang tidak mengikuti pembelajaran hari itu walapun jasadnya berada di dalam kelas namun pemikiran dan mindanya masih lagi di awangan yang perlu diambil tindakan segera.