Kenalan

Isnin, Ogos 29, 2011

Kaedah Bercerita

Sebelum menggunakan Kaedah Bercerita, seorang guru sepatutnya ;
  1. mmilih cerita yang sesuai di samping mengingati isi/ jalan cerita,
  2. mewujudkan suasana yang selaras dengan isi cerita,
  3. memastikan tempat duduk sesuai,
  4. Menyediakan bahan bantu (BBM) yang berkaitan,
  5. Menyediakan set soalan yang berkaitan.
Selepas itu, barulah seoarng guru dapat melaksanakan kaedah Bercerita dengan baik apabila mengambil kira aspek-aspek berikut ;
  1. Melaksanakan set induksi/ permulaan cerita yang menarik.
  2. Menggunakan nada suara dan gaya yang sesuai.
  3. Memastikan kontak mata guru - murid berlaku.
  4. Gunakan bahasa yang menarik dan mudah difahami.
  5. Gaya isyarat badan sesuai dengan jalan cerita.
  6. Menerapkan nilai-nilai murni dalam penceritaan.
  7. Libatkan murid jika sesuai/ perlu.
Selepas Bercerita, guru bolehlah melaksanakan aktiviti susulan yang sesuai dan menyoal isi serta pengajaran cerita.

Khamis, Ogos 25, 2011

Kaedah Simulasi

Kaedah Simulasi miripkepada kaedah lakonan. Yang membezakan antara keduanya ialah Simulasi dilakonkan seolah-olah dalam situasi/ peristiwa  yang sebenar berbanding dengan kaedah lakonan yang boleh merekacipta dialog dan latar cerita sendiri.

Sebelum memulakan Simulasi, seseorang guru itu perlu ;
  1. menentukan kandungan simulasi dan objektif yang ingin dicapai,
  2. memilih kemahiran yang bersesuaian untuk dimasukkan,
  3. merancang penyerapan nilai yang ingin diterapkan kepada pelajar,
  4. memilih aspek-aspek pengukuhan dan pengayaan yang bakal digunakan.
  5. memilih peralatan yang sesuai bagi melaksanakan kaedah tersebut.
Setelah itu, barulah guru tersebut mampu mengaplikasikan kaedah Simulasi dengan mantap. Semasa Simulasi, sewajarnya ;
  1. telah melaksanakan Set Induksi yang menarik. Sekiranya gagal, guru akan menghadapi masalah dalam memastikan pelajarnya memberi tumpuan sepenuhnya terhadap simulasi tersebut.
  2. memilih pelajar yang akan memainkan peranan/ watak.
  3. memastikan suara watak jelas dan dapat didengari oleh semua pelajar lain. Elakkan memilih pelajar yang gagap/ tidak lancar membaca.
  4. memberi arahan yang jelas kepada pelajar terlibat.
  5. memberi tugasan lain kepada murid yang tidak mengambil bahagian seperti membuat catatan sbg.
Selepas Simulasi, guru sepatutnya ;
  1. berbincang dengan murid mengenai hasil simulasi.
  2. menyuruh murid menulis laporan/ isi penting dsbg tentang simulasi yang telah dijalankan.
  3. membuat penilaian sama ada objektif pengajaran telah tercapai atau sebaliknya.


Rabu, Ogos 24, 2011

Kaedah Demontrasi/ Tunjukcara

Kaedah Demontrasi atau Tunjukcara merupakan satu kaedah yang amat menarik digunakan jika dapat diaplikasikan dengan baik. Sebelum memulakan kaedah ini, seseorang guru haruslah :
  1. Tentukan objektif dan kandungan tunjukcara.
  2. Memberi penerangan dan arahan yang jelas dan betul mengenai tatacara kaedah tersebut.
  3. Sediakan peralatan yang sesuai yang diperlukan.
  4. Pastikan tempat duduk pelajar sesuai agar semuanya dapat melihat demontrasi/ tunjukcara yang akan dilaksanakan.
  5. Keselamatan pelajar amat penting untuk diambil perhatian. Sebarang peristiwa yang tidak diingini perlu dielakkan.
Selepas memastikan kelima-lima elemen tadi dipatuhi, barulah guru tersebut memulakan pengajaran. Semasa mengaplikasikan kaedah ini, seorang guru itu sewajarnya mengambilkira ciri-ciri berikut :
  1. Mula melaksanakan pengajaran apabila pelajar betul-betul bersedia.
  2. Perhatikan tindakbalas dan respon pelajar.
  3. Pastikan semua pelajar dapat melihat demontrasi/ tunjukcara yang dilakukan.
  4. Galakkan penyertaan dan penglibatan semua pelajar.
  5.  Tarik perhatian murid berkaitan dengan aspek yang penting.
  6. Ulangi tunjukcara/ demontrasi jika perlu.
  7. Meminta pelajar mengulangi tunjukcara/ demontrasi.
 Apabila semua pelajar telah dilibatkan dengan kaedah tersebut, seorang guru itu perlulah membuat penilaian terhadap pemahaman pelajar mereka sama ada mengadakan aktiviti perbincangan/ soal jawab ataupun membuat aktiviti susulan seperti latihan dan sebagainya.

Kenali Alatan Peperangan Rasulullah s.a.w.

Baju Besi Rasulullah s.a.w. ; Ada 7 pasang yang digelar al-Batra', al-Khirnaq, al-Sughudiah, Zatul Fudul, Zatul Hawais'i, Zatul Wisyah, dan Fiddon.

Topi Perang Baginda s.a.w. ;
Terdapat 2 buah topi Baginda s.a.w. iaitu al-Sabugh dan Muwasyah.

Pedang Rasulullah s.a.w. ;
Baginda s.a.w. memiliki 9 bilah pedang yang digelar al-Ma'thur, al-Qal'ei, al-Hatfur, al-'Adbu, al-Battar, al-Qadib, al-Mikhdam, ar-Rusub dan Zulfaqar.

Busur Panah Rasulullah s.a.w. ;
5 bilah busur yang Baginda s.a.w. miliki yang digelar al-Kutum, al-Baidho, al-Shafra' ar-Ruhaa' dan az-Zaura.

Tombak Rasulullah s.a.w. ;
Baginda s.a.w. memiliki 3 bilah tombak iaitu al-Baidho', al-Mathna dan al-'Anazah.

Alat Pelontar Rasulullah s.a.w. ;
Az-Zaluk dan al-Fat merupakan 2 alat pelontar Baginda s.a.w.


Khemah Baginda s.a.w. digelar al-Sakan.

Selasa, Ogos 23, 2011

Sifat Diri Rasulullah s.a.w.

  1. Wajahnya putih berseri, tidak kemerahan ataupun gelap.
  2. Matanya hitam bersinar.
  3. Rambutnya hitam dan beralun, tidak terlalu lurus dan tidak kerinting. Panjang hingga ke bawah telinga.
  4. Ketinggiannya sederhana, tidak terlalu tinggu mahun rendah.
  5. Dadanya bidang dan berbulu halus walaupun bertubuh sederhana dan nampak sasa.
  6. Memiliki tanda kenabian di belakang tubuhnya.
  7.  Bulu matanya hitam, lebat dan lentik.
  8. Keningnya tebal, alisnya halus dan seakan bersambung.
  9. Hidungnya mancung, mulutnya lebar, giginya renggang dan putih.
  10. Janggutnya lebat.

Isteri Rasulullah : 1. Saidatina Khadijah bin Khuwailid al-Tahirah r.h.

Bingkisan Diri :
  • Dikenali dengan gelaran al-Tahirah mengambarkan kesucian hati dan sanubari beliau terhadap Rasulullah s.a.w dan juga agam Islam.
  • Isteri pertama Rasulullah s.a.w. yang amat disayanginya. Baginda s.a.w. tidak mengahwini wanita lain sehinggalah kemangkatannya.
  • Bapanya bernama Khuwailid bin Asad bin Abd. Uzza bin Qusai bin Kilab.
  • Ibunya bernama Fatimah binti Zaidah.
  • Berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. pada Tahun 28SH dan hidup bersama Baginda s.a.w. selama 25 tahun.
  • Memiliki 6 orang anak bersama Rasulullah s.a.w. iaitu Siti Zainab,al-Qasim, Ruqayyah, Ummu Kalthum, Fatimah dan Abdullah.
  • Anak-anak yang lain bersama suami terdahulu ialah an-Nabash bin Zararah at-Taimy dan Atiq bin Abid al-Makhzumy.
  • Wafat pada Tahun 3SH di Makkah al-Mukarramah.

iSL8 PIM3104 2011

Tajuk 8:
Jelaskan perbezaan antara akidah Ahlu Sunnah wal Jamaah dengan Muktazilah ?

Arahan :
1. Setiap pelajar dikehendaki memberikan satu bukti/ hujah sahaja yang yang berbeza.
2. Sila nyatakan sumber rujukan anda yang berbeza dengan menggunakan format APA seperti berikut :
Nama Pengarang (Tahun), Judul Buku,  Tempat diterbitkan : Syarikat Penerbitan, m.s:X.

Contoh :
Muhammad Bin Abdullah,(2011) Aqidah Nabawiyyah, Kuala Terengganu: Pustaka Ilmu, m.s.: 3.
Tembual dengan Ust. Ahmad pada 2 Sept. 2011 jam 9.00 pd bertempat di Perpustakaan Ibnu Sina KDRI. Ust. Ahmad merupakan.... (pastikan sumber drpd blog atau temubual adalah berautoriti) 

iSL10 PIM3104 2011

Tajuk 10:
Jelaskan satu ciri BBM yang mampu menarik perhatian murid-murid.

Arahan :
1. Setiap pelajar dikehendaki memberikan satu bukti/ hujah sahaja yang yang berbeza.
2. Sila nyatakan sumber rujukan anda yang berbeza dengan menggunakan format APA seperti berikut :
Nama Pengarang (Tahun), Judul Buku,  Tempat diterbitkan : Syarikat Penerbitan, m.s:X.

Contoh :
Muhammad Bin Abdullah,(2011) Aqidah Nabawiyyah, Kuala Terengganu: Pustaka Ilmu, m.s.: 3.
Tembual dengan Ust. Ahmad pada 2 Sept. 2011 jam 9.00 pd bertempat di Perpustakaan Ibnu Sina KDRI. Ust. Ahmad merupakan.... (pastikan sumber drpd blog atau temubual adalah berautoriti) 

iSL9 PIM3104 2011

Tajuk 9:
Huraikan satu perbezaan antara Rancangan Pengajaran Semester dengan Rancangan Pengajaran Harian (RPH).

Arahan :
1. Setiap pelajar dikehendaki memberikan satu bukti/ hujah sahaja yang yang berbeza.
2. Sila nyatakan sumber rujukan anda yang berbeza dengan menggunakan format APA seperti berikut :
Nama Pengarang (Tahun), Judul Buku,  Tempat diterbitkan : Syarikat Penerbitan, m.s:X.

Contoh :
Muhammad Bin Abdullah,(2011) Aqidah Nabawiyyah, Kuala Terengganu: Pustaka Ilmu, m.s.: 3.
Tembual dengan Ust. Ahmad pada 2 Sept. 2011 jam 9.00 pd bertempat di Perpustakaan Ibnu Sina KDRI. Ust. Ahmad merupakan.... (pastikan sumber drpd blog atau temubual adalah berautoriti) 

iSL7 PIM3104 2011

Tajuk 7:
Mengapa ANDA bermazhab Ahlu Sunnah Wal Jamaah ? Bincangkan. Jika berlainan, sila jelaskan. 

Arahan :
1. Setiap pelajar dikehendaki memberikan satu bukti/ hujah sahaja yang yang berbeza.
2. Sila nyatakan sumber rujukan anda yang berbeza dengan menggunakan format APA seperti berikut :
Nama Pengarang (Tahun), Judul Buku,  Tempat diterbitkan : Syarikat Penerbitan, m.s:X.

Contoh :
Muhammad Bin Abdullah,(2011) Aqidah Nabawiyyah, Kuala Terengganu: Pustaka Ilmu, m.s.: 3.
Tembual dengan Ust. Ahmad pada 2 Sept. 2011 jam 9.00 pd bertempat di Perpustakaan Ibnu Sina KDRI. Ust. Ahmad merupakan.... (pastikan sumber drpd blog atau temubual adalah berautoriti) 

iSL6 PIM3104 2011

Tajuk 6:
Huraikan satu ciri penting di dalam set induksi.

Arahan :
1. Setiap pelajar dikehendaki memberikan satu bukti/ hujah sahaja yang yang berbeza.
2. Sila nyatakan sumber rujukan anda yang berbeza dengan menggunakan format APA seperti berikut :
Nama Pengarang (Tahun), Judul Buku,  Tempat diterbitkan : Syarikat Penerbitan, m.s:X.

Contoh :
Muhammad Bin Abdullah,(2011) Aqidah Nabawiyyah, Kuala Terengganu: Pustaka Ilmu, m.s.: 3.
Tembual dengan Ust. Ahmad pada 2 Sept. 2011 jam 9.00 pd bertempat di Perpustakaan Ibnu Sina KDRI. Ust. Ahmad merupakan.... (pastikan sumber drpd blog atau temubual adalah berautoriti) 

iSL5 PIM3104 2011

Tajuk 5:
Nyatakan satu contoh perkara yang boleh membatalkan aqidah menurut ulama.

Arahan :
1. Setiap pelajar dikehendaki memberikan satu bukti/ hujah sahaja yang yang berbeza.
2. Sila nyatakan sumber rujukan anda yang berbeza dengan menggunakan format APA seperti berikut :
Nama Pengarang (Tahun), Judul Buku,  Tempat diterbitkan : Syarikat Penerbitan, m.s:X.

Contoh :
Muhammad Bin Abdullah,(2011) Aqidah Nabawiyyah, Kuala Terengganu: Pustaka Ilmu, m.s.: 3.
Tembual dengan Ust. Ahmad pada 2 Sept. 2011 jam 9.00 pd bertempat di Perpustakaan Ibnu Sina KDRI. Ust. Ahmad merupakan.... (pastikan sumber drpd blog atau temubual adalah berautoriti) 

iSL4 PIM3104 2011

Tajuk 4:
Akhir-akhir ini, terdapat golongan yang hanya mengakui Allah berZAT dan menafikan bahawa Allah berSIFAT. Apakah padangan ulama sunni mengenainya ?

Arahan :
1. Setiap pelajar dikehendaki memberikan satu bukti/ hujah sahaja yang yang berbeza.
2. Sila nyatakan sumber rujukan anda yang berbeza dengan menggunakan format APA seperti berikut :
Nama Pengarang (Tahun), Judul Buku,  Tempat diterbitkan : Syarikat Penerbitan, m.s:X.

Contoh :
Muhammad Bin Abdullah,(2011) Aqidah Nabawiyyah, Kuala Terengganu: Pustaka Ilmu, m.s.: 3.
Tembual dengan Ust. Ahmad pada 2 Sept. 2011 jam 9.00 pd bertempat di Perpustakaan Ibnu Sina KDRI. Ust. Ahmad merupakan.... (pastikan sumber drpd blog atau temubual adalah berautoriti) 

iSL3 PIM3104 2011

Tajuk 2:
Tauhid Mulukiyyah tidak sama dengan Tauhid Rububiyyah. Bincangkan
(Jelaskan pendapat sama sama ada bersetuju ataupun tidak... )

Arahan :
1. Setiap pelajar dikehendaki memberikan satu bukti/ hujah sahaja yang yang berbeza.
2. Sila nyatakan sumber rujukan anda yang berbeza dengan menggunakan format APA seperti berikut :
Nama Pengarang (Tahun), Judul Buku,  Tempat diterbitkan : Syarikat Penerbitan, m.s:X.

Contoh :
Muhammad Bin Abdullah,(2011) Aqidah Nabawiyyah, Kuala Terengganu: Pustaka Ilmu, m.s.: 3.
Tembual dengan Ust. Ahmad pada 2 Sept. 2011 jam 9.00 pd bertempat di Perpustakaan Ibnu Sina KDRI. Ust. Ahmad merupakan.... (pastikan sumber drpd blog atau temubual adalah berautoriti) 

iSL2 PIM3104 2011

Tajuk 2:
Jelaskan perbezaan antara Tauhid Rububiyyah dengan Tauhid Uluhiyyah ?

Arahan :
1. Setiap pelajar dikehendaki memberikan satu bukti/ hujah sahaja yang yang berbeza.
2. Sila nyatakan sumber rujukan anda yang berbeza dengan menggunakan format APA seperti berikut :
Nama Pengarang (Tahun), Judul Buku,  Tempat diterbitkan : Syarikat Penerbitan, m.s:X.

Contoh :
Muhammad Bin Abdullah,(2011) Aqidah Nabawiyyah, Kuala Terengganu: Pustaka Ilmu, m.s.: 3.
Tembual dengan Ust. Ahmad pada 2 Sept. 2011 jam 9.00 pd bertempat di Perpustakaan Ibnu Sina KDRI. Ust. Ahmad merupakan.... (pastikan sumber drpd blog atau temubual adalah berautoriti) 

ISL1 PIM3104 2011

Tajuk 1:

Apakah maksud akidah dari segi bahasa dan istilah ?

Arahan :
1. Setiap pelajar dikehendaki memberikan satu bukti/ hujah sahaja yang yang berbeza.
2. Sila nyatakan sumber rujukan anda dengan menggunakan format APA seperti berikut :
Nama Pengarang (Tahun), Judul Buku,  Tempat diterbitkan : Syarikat Penerbitan, m.s:X.

Contoh :
Muhammad Bin Abdullah,(2011) Aqidah Nabawiyyah, Kuala Terengganu: Pustaka Ilmu, m.s.: 3.

Isnin, Ogos 22, 2011

Keluarga Rasulullah s.a.w.

Sebelah Bapa :
Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah.


Nenek Sebelah Bapa :
Fatimah binti Umar

Sebelah Ibu :
Aminah binti Wahab binti Abd Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah.

Nenek Sebelah Ibu :
Burrah binti Abd Uzza bin Usman bin Abdul Dar bin Qusay bin Murrah.

Isteri-Isteri :
1. Siti Khadijah binti Khuwailid r.h. 2. Aisyah binti Abu Bakar r.h. 3. Saudah binti Zam'ah r.h., 4. Hafsah binti Umar r.h. 5. Zainab binti Khuzaimah r.h.,  6. Ummu Salamah Hindun binti Abu Umayyah r.h. 7. Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufiyan r.h. 8. Zainab binti Jahsy r.h. 9. Maimunah binti al-Harith r.h. 10. Mariah binti Syam'un r.h. 11. Juwairiyyah binti al-Harith r.h. 12. Safiyyah binti Huyai r.h.

Anak :
1. al-Qasim r.a. 2. Abdullah r.a. 3. Ibrahim r.a. 4. Zainab r,h, 5. Ruqayyah r.h. 6. Ummi Kalthum r.h. 7. Fatimah  r.h.

Cucu :
1. Hassan r.a. 2. Hussin r.a. 3. Ali r.a. 4. Abdullah r.a. 5. Muhammad r.a. 6. Yahya r.a. 7. Umamah r.h.  8. Ruqayyah r.h. 9. Zainab r.h. 10. Ummu Kalthum r.h.

Kenali Rasulullah saw

Kangkala kita berkata; Kita cintakan Rasulullah s.a.w. ?

.... dalam proses....