Kenalan

Selasa, September 24, 2013

BroSHAH.. Bagaimana Dirinya Berjaya berDaie..



Alhamdulillah.. baru-baru ini diri ini berkesempatan mendengar Bro.Shah berkongsi pengalamannya sebagai seorang pendakwah dalam Persidangan Antarabangsa Pembangunan Mualaf 2013 di KUIS, Selangor. Antara pandangan yang beliau ingin dikongsikan bersama ialah beliau memberikan satu analogi; "Jika kita tanya kepada seorang Imam yang tidak merokok, sudah tentu dia akan bagitau merokok itu haram.. kena tinggalkan.. dan lain-lain.. tetapi jika ditanya kepada Imam yang merokok, sudah tentu lain jawapannya.


Begitu juga dengan para muallaf.. jangan kita ingatkan mereka cukup senang meninggalkan amalan-amalan yang salah di sisi agama yang telah diamalkan sejak dari kecil lagi. Ada amalan yang cukup senang ditinggalkan... namun ada juga amalan yang mereka (muallaf) terpaksa berjuang hingga ke akhir hayat untuk tinggalkan". Justeru kita perlu berdakwah dengan penuh bijaksana dan berhikmah. Bukan senang untuk berubah, apatah lagi mengubah insan lain.

Perkara kedua yang boleh dikongsi ialah Rasulullah SAW berdakwah di Makkah selama 13 tahun adalah untuk membentuk dan memperbetulkan akidah masyarakat Arab yang ketika itu jauh menyimpang dengan kebenaran. Selepas itu (berpindah ke Madinah) barulah Baginda SAW mengarapkan ilmu-ilmu ibadah, hukum hakam halal haram dan sebagainya. Berbeza dengan cara penda'ie masa kini. Selepas saja mengislamkan non-muslim.. perkara pertama dan utama yang diajar ialah perkara halal-haram, boleh tak boleh buat, itu betul ini salah..dan 'kena potong' (mesti sunat) Selepas itu, muallaf dibiarkan terkontang kanting tanpa dididik dan diasuh dengan akidah Islam yang benar. Sepatutnya mereka didedahkan terlebih dahulu dengan ilmu tauhid agar mengenali Allah dengan sebenar barulah jika ditinggal/ dibiarkan, mereka tidak akan kembali kepada agama lama mereka.

Yang paling menarik apabila ditanya beliau bagaimana boleh berjaya menjadi seorang daie yang berjaya sehingga daie yang bukan muallafpon tidak tentu mampu berdakwah sepertinya? Lalu dijawab oleh Bro.Shah bahawa beliau berdakwah sedemikian rupa kerana takut disoal Allah pada Hari Kebangkitan kelak apa yang beliau lakukan dengan nikmat Islam yang telah dianugerahkan Allah. Takut apabila disoal Allah nanti apa yang dilakukannya.. dan masih belum memadai dengan apa yang telah dilaksanakannya..

Begitu hebat jawapan yang diberikan oleh seorang daie sejati.. bagaimana pula diriku dan juga mereka yang lain yang turut dianugerahkan oleh Allah dengan nikmat Islam.. apalah jawapan yang dapat diberikan di hadapan Allah nanti... bergetar hati apabila mengingatinya. Cukupkah usaha dan persediaan selama ini ???

Akidah at-Taqiyah Mengheret Kehidupan Syiah Penuh Kepuraan





SYIAH meWAJIBkan penganutnya Beriman Kepada at-Taqiyah. Attaqiyah bermaksud menyembunyikan kebenaran dan berpura-pura di sebaliknya (Biharuanwar 25/351). Berdasarkan kitab al-Kafi, kitab hadith utama golongan syiah (Syiah memiliki kitab hadith tersediri yang dinamakan sebagai al-Kafi dan menolak sebahagian besar kandungan Sahih Bukhari dan Sahih Muslim kecuali untuk perdebatan dengan golongan sunni) golongan syiah wajib beriman dan mengamalkan atTaqiyah. Antara ajaran atTaqiyah dalam alKafi ;

  1. Dari Abi Abdillah (Ja’far Assodiq) : Sesungguhnya sembilan persepuluh agama (Syiah) adalah dalam Bertaqiyyah, dan tidaklah beragama barang siapa tidak bertaqiyyah (AlKafi 2/217).
  2. Dari Abi Abdillah: Sesungguhnya kamu memeluk agama barang siapa merahsiakannya, dimuliakan dia oleh Allah, dan barang siapa menyiarkannya dihinakan dia oleh Allah (AlKafi 2/222).
  3. Berkata Ja’far AsSodiq, kalau ia berkata “Taqiyyah itu adalah agamaku dan agama leluhurku” (Alkafi 2/224).
  4. "Barang siapa menyiarkan Hadith kami, Allah mencabut iman dari padanya" (Alkafi 2/370). 
 Namun dalam kepesatan teknologi hari ini, amalan rahsia tersebut tidak dapat lagi ditutupi. Malah lebih teruk lagi syiah juga beranggapan Rasulullah SAW telah mengamalkan atTaqiyyah apabila bermertuakan Saidina Abu Bakar, hidup dengan para sahabat di Madinah, memuji para sahabat mahupun perasaan cintakan Saidatina Aisyah. Tegarkah Rasulullah SAW yang sanggup berkorban jiwa raga dan harta benda demi Islam tercinta mengamalkan perkara sedemikian? Bisik-bisik.. tanya iman kita.

Rabu, September 18, 2013

Lame menyepi.. skarang dah kembali..




Alhamdulillah.. dah lama tak mengupdate blog nie.. kepada yg sudi menjenguk selama ini.. terima kasih banyak-banyak..

Kali ni.. insyallahh blog semuliakeredhaanMu akan meng'info'kan maklumat berkaitan dgn isu-isu asam garam hidup berkeluarga melalui tagname "masam-masam manis" dalam versi humor, cerita atau makalah biasa. Harap para pengunjung dapat berkongsi pandangan, memberi komen... komen giles-giles pun tak apa asalkan membina untuk dikongsi bersama... Nak kongsi pengalaman masing-masingpun tak apa... moga-moga ia boleh memberi panduan kepada insan lain yang memerlukan.

Salam hormat..
ara@ipgmkdri.September.2013


Isnin, September 16, 2013

PAGI2 REBUT T@ND@S..Hingga TERT@L@K





Hiruk pikuk suara Pak Amat memanggil kawannya si Dollah dengan cemas sekali. Telatahnya yang kelam kabut memecah ketenangan pagi. "Cepat Dollah.. kita kena pergi ke rumah Samad ni. Dia buat hal lagi.."

"Kenapa Pak Amat", tanya Dolah kebingungan.
"Berebut bilik air pagi-pagi buta nak gi kerja.. sampai talakkan isterinya".bagitau Pak Amat sambil bergegas ke tempat yang dituju.

Pak Amat dan Dollah tiba di rumah Samad. Terlihat Samad termenung penuh penyesalan. Tok Imam pun ada sekali. Masing-masing tidak keruan dan tidak tahu nak buat macam mana. "Apa yang dah kau buat Samad?" tanya Tok Imam.

"Entahlah Imam. Saya terlepas cakap. Pagi tadi kelam kabut nak pergi kerja hingga berebut bilik air. Tiba-tiba saya naik marah. Saya cakap kalu dia keluar ikut pintu ni.. jatuh talak",bagitau Samad tersekat-sekat. 

"Tuulah kau.. tak boleh bersabar langsung. Ni dah kali ketiga dah kau talak. Teruk macam ni. Macam mana nak buat lagi?", marah Tok Imam. Samad diam sejuta kata. Tahu dirinya bersalah. Menyesal sungguh-sungguh.

Kemudian sampai Tok Penghulu, lalu diceritakan satu persatu oleh Tok Imam. Akhirnya Tok Penghulu mengambil telefon dan bercakap dengan seseorang."Tolong Tuan Mufti.. datang ke sini sekejap.. kes besar ni. Kami semua dah tak tahu nak buat macam mana lagi. Datang yaa...", merayu Tok Penghulu. Tak lama kemudian tiba Tuan Mufti dan diceritakan segalanya. 

"Kau pecahkan dinding tandas tu.. suruh bini dia keluar ikut sana.. jangan keluar ikut pintu ini.. nanti buat pintu baru kat tempat lain". Dengan tegas Tuan Mufti bersuara memberi arahan sambil berlalu pergi sambil tersenyum.  "Macam-macam kes pun ada", bisik hati kecilnya