Kenalan

Isnin, April 14, 2014

Tips 10 Jawi Muallim : Huruf Ta Marbutah vs Ta Maftuhah


Kadang-kadang ada yang terkeliru menggunakan huruf Ta Marbutah dan juga Ta Maftuhah. Huruf Ta Marbutah digunakan bagi perkataan yang berasal daripada Bahasa Arab. Manakala Ta Maftuhah digunakan bagi perkataan asal Bahasa Melayu.

Tips 9 Jawi Muallim : Huruf KAF

Antara kesilapan yang sering terjadi ketika menulis jawi ialah penggunaan huruf KAF. Ramai pengguna masih mengekalkan ejaan lama yang menggunakan huruf KAF berhamzah di dalamnya (ada juga yang menggelarnya sebagai ya kecil, kaf kecil dll). Sedangkan kini hanya huruf KAF biasa sahaja yang digunakan
(sila lihat contoh yang dipaparkan).

Tips 8 Jawi Muallim : Padanan Sepadan [P] dan [F]

Alhamdulillah.. lama sudah tak menyambung tips menulis jawi. Kali ini MJ akan berbicara tentang padanan sepadan huruf P dan F. Cukup mudah... dengan sistem penggunaan huruf yang sistematik oleh DBP, kini kita menggunakan padanan huruf 'fa' (bertitik satu) bagi huruf F dan padanan huruf 'pa' (bertitik tiga) bagi huruf P. Kalu dahulu, semuanya menggunakan  huruf 'pa' bertitik tiga termasuklah padanan huruf P. Syabas di atas usaha pencerahan sistem ejaan ini..